RSS

Masalah Selepas Bersalin

02 Jan

Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin,

juga menakutkan?

1. Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan

2. Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

3. Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam

4. Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanita selepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu , ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .

5. Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana posisi rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa berat .

6. Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur , saluran kencing dan sekitar ari-ari turut bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga sering berlaku didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan dan semasa melahirkan . Luka ini disebut ” luka menggeleber ” Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim .

7. Demam kelahiran ‘ ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi mungkin merebak dari rahim kedalam ovari atau tisu-tisu lain sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan peritonitis .

8. Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari 40 , barulah ia mula mengering.

9. Jika sekiranya masih ada lelehan cairan, ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri .

10. Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah )

11. Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah dari segi jasmani dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.

set j 2

Ingin info lanjut hubungi saya :
Call / SMS : 019-6661051
Email : Norshida.zakaria@gmail.com
YM saya : Norshidazakaria
FB : Umi Shida & Fan Page FB :Umishidaonline

** I FOLLOW **

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 2, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: