RSS

Kencing Manis Semasa Hamil

30 Dec

 

 Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

•keletihan;

•dahaga yang terlampau;

•membuang air kecil dengan banyak;

•penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.

 Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:

•Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;

•dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;

•anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;

•keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis)

•cara permakanan harian anda

Sekiranya anda sedang mengandung dan mempunyai masalah kencing manis sila dapatkan pakej ini.

 

set 3m penyusuan

Ingin info lanjut hubungi saya :
Call / SMS : 019-6661051
Email : Norshida.zakaria@gmail.com
YM saya : Norshidazakaria
FB : Umi Shida & Fan Page FB :Umishidaonline

** I FOLLOW **

 

 

 

 

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: