RSS

Apakah Punca Kedut?

25 Dec

Apakah Punca Kedut ?

Apakah organ yang paling besar kat tubuh manusia? Uols semua yang bijak pandai tentu leh jawab ni.. ya betul.. jawapannya ialah kulit.

Semakin meningkat usia seseorang selain rambut yang semakin memutih, satu perubahan yang makin ketara ialah kulit yang berkedut. Apakah sebab terjadinya sedemikian?

Apabila kulit kita semakin tua, ia semakin hilang keanjalannya. ‘Collagen’ iaitu tisu yang berperanan memastikan kulit tidak mudah terkoyak apabila diregang dan tisu ‘elastin’ yang berfungsi memantulkan semula kulit selepas diregang, semakin lama semakin lemah apabila usia kita meningkat.

Kulit juga biasanya menjadi semakin nipis dan kehilangan lemak yang menyebabkannya kelihatan tidak bermaya dan kurang licin, berbanding ketika kita muda. Semasa kulit kita mengalami perubahan-perubahan yang disebutkan, pada masa yang sama kuasa graviti turut menarik kulit ke bawah, menjadikan kulit menggelebeh.

Ada orang yang akan mengalami lebih banyak kedutan berbanding orang lain. Sejauh mana kulit berkedut bergantung juga kepada faktor keturunan. Cara yang mudah ialah dengan melihat perubahan pada kedua ibu bapa kita. Sekiranya mereka mempunyai banyak kedut ketika tua, maka kemungkinan besar kita juga akan turut mengalami perubahan kedutan yang sama banyak… Dikatakan walaupun kita cuba mengurangkan kedut dengan memakai krim yang mahal mana pun, tetap tak akan dapat menghilangkan garis-garis kedut tersebut.

Kedut juga boleh disebabkan kerana terlalu lama dan kerap terdedah kepada cahaya matahari. Pakar-pakar kecantikan menjelaskan pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan boleh menyebabkan golongan remaja mengalami keadaan penuaan separa matang.

Callogen powder

Ingin info lanjut hubungi saya :
Call / SMS : 019-6661051
Email : Norshida.zakaria@gmail.com
YM saya : Norshidazakaria
FB : Umi Shida & Fan Page FB :Umishidaonline

** I FOLLOW **

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 25, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: