RSS

Masalah Haid Dan Senggugut

24 Dec

Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang haid
pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi
wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil ialah ‘Adakah aku
hamil?’

Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Olih
itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT
yang bolih dibeli dimana2 kedai  farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun
dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih.
Malah ada yang bolih sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian
ultrsound scan bolih kesan karung kandungan bila haid sudah lewat
seminggu.

Gangguan
hormon bolih juga menyebakan lambat datng haid. Apakah situasi2 yng bolih ganggu
hormon? .Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan mental yang dewasa ini
banyak melanda kaum wanita. Stress ini munkin dicetuskan ditempat kerja, sekitar
kawan2 , dijalan raya ketika memandu kereta, dirumah sekitaran ahli2 keluarga
dan lain2 punca. Hormon stress  memang mengganggu hormon subur yang mengawal
kitaran haid, menyebabkan kelambatan datang haid.

Gangguan hormon juga
bolih dicetuskan dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita
cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun
lebih berselera dan tidak bolih dikawal dan kegemokkan memang bolih ganggu
hormon menyebabakan kitaran haid terganggu.

Makanan2 ‘fast dan junk
foods’ yang sangat popular sekarang juga bolih mengganggu hormon wanita kerana
makanan2 tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis.
Kebanyakkan makanan2 tersebut juga mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang
mudah menyebabkan kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingan hamil
dan gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.

Lambat datang haid juga
munkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur
‘perimenopause’ , atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak
subur dan telor tidak menetas/ovulation. Tiada ovulation bererti tiada
pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang
bolih menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang
haid.

Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang
disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh ‘Polcystic
Ovary Syndrome’ atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular
cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga bolih
menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila
sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap
badan.

Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Olih itu sangat
penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound
scanning – melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang
merbahaya.

Gla Complex

Ingin info lanjut hubungi saya :
Call / SMS : 019-6661051
Email : Norshida.zakaria@gmail.com
YM saya : Norshidazakaria
FB : Umi Shida & Fan Page FB :Umishidaonline

** I FOLLOW **

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 24, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: